Tuesday, June 23, 2009

EMAN BOTAK LAGI...

Hari Sabtu lepas kami berjaya membotakkan kepala eman lagi.. mula2 dah cantik tapi bila baba dia sambung dah x berapa cantik sebab dia tak nak dok diam. tak pe la.. seminggu je.. lepas ni rambut dah tumbuh balik hensem la anak mama sorang ni..



tengok la aksi2 eman semasa pak ngah membotakkan kepala dia...

Sunday, June 21, 2009

HAPPY FATHER'S DAY...

Selamat Hari Bapa diucapkan kepada semua bapa2 semua terutama sekali buat suami tersayang.. terima kasih kerana menjadi baba yang baik untuk anak2 kita.. untuk abah kat kampung.. terima kasih atas segala pengorbanan abah mencari rezeki untuk membesarkan kami semua.. untuk abah mertuaku pula.. terima kasih kerana banyak berkorban untuk kami sekeluarga dan bersabar dengan kerenah cucu2 abah ni.. I love U all..



anak2 aku memang manja sangat ngan baba diorang.. kadang2 sampai mama lak yg jeles..



hadiah dan kad ucapan dari dyna & eman.. diam2 je dyna menulis kad ucapan n bungkus hadiah tu dengan mak ngah dia kt bilik. lepas baba dia siap mandi dia terus bagi sambil cakap "kejutan.." pandai2 je dia.. ini mesti pengaruh citer kartun yg dia selalu tgk kat TV.



suamiku masa kecik & eman.. ada persamaan tak? cuma eman tu ter'over' pejam mata. hahaa..



gambar abah & abah mertuaku...



gambar dulu2.. ayah mertuaku bersama suamiku.. dua2 kontrol hensem..



kek sempena hari bapa dari kakak iparku utk ayah mertuaku.. kitorang sambut malam minggu baru ni..